NO.1 GERAI MPJ PEKAN NYALAS,
77100 ASAHAN,
MELAKA.
TEL:013-7030874,
013-7875727
Jumaat, 31 Disember 2010
MAKLUMAN:
sebelum itu,kami mohon maaf sekiranya kenaikan harga ini menyusahkan anda... akan tetapi, kami tidak dapat lagi untuk mengekalkan harga yang kami pertahankan sejak 4 tahun lepas... harga bahan mentah naik terlalu tinggi dan mendadak.
Senarai harga baru boleh di lihat di senarai harga di bahagian kanan...
harap maaf...
Selasa, 28 Disember 2010
akibat leka ber facebook....
Assalamualaikum semua yang melihat blog ni...
Yang tersenarai di bawah,bukanlah kek yg baru... tapi ada yang dah 3bulan lepas... tapi sebab lama sangat tak update blog ni... saya masukkan sekali gambar2 tu.. manalah tau kot2 ada yang berkenan dihati....

cam bunga teratai...masa display,cina banyak tempah ni..

labah-labah..dan telurnya sekali... agak2 kalau menetas,banyak mana anaknya?

kek untuk pengasuh anakku...
Isnin, 31 Mei 2010
lagi pasal kek....
Rabu, 26 Mei 2010
cheesecake
Hari ini saya berkesempatan membuat satu lagi kek, yang diberi nama kek keju atau dalam bahasa omputihnya cheesecake...Sebenarnya idea nak buat kek ni datang selepas saya melihat FB seorang rakan yang membuat cheesecake untuk besday anaknya... terliur punya pasal... saya pun buat satu untuk anak-anak saya.. walaupun besday mereka lambat lagi....

Ahad, 2 Mei 2010
kek design kartun
nak cerita ni.... Sapa-sapa yang nak sambut birthday untuk anak dia...yang berumur bawah 10 tahun rasa-rasa design camni sesuai kot... Design kartun...
Biasanya design SPONGEBOB SQUAREPANT yang cukup laku... alah.. karektor kartun yang popular di kalangan anak-anak.... ni belum masuk bab kartun BEN10 lagi...
Yang BEN10 tu lain kali lah ye... buat kali ni... tataplah design yang ni dulu...hehehehe....
Isnin, 19 April 2010
PENGANTIN SAYANG BINTI ABD.JAMAL DAN AZUAN


untuk bahagian atas



ha... yang ni kek untuk hantaran dia... kek ni dihantar dari Felda Bukit Senggeh ke Felda Jengka 24.... umang aihhh jauhnya... tahan ke icing dia.... jawapannya... icing kek boleh tahan dan takkan cair kalau sepanjang perjalanan tu korang buka aircond.... dia boleh tahan sekitar 4-5 jam.... tapi kalau ada berenti rehat kat tengah jalan... pastu aircond off.... jawapannya korang makan kekpenyek la.... hahaha.... apa-apa pun TAHNIAH DAN SELAMAT PENGANTIN BARU untuk adik kesayangan kami... SAYANG BINTI ABD.JAMAL dan pasangannya AZUAN
Isnin, 12 April 2010
lama x up date...
ni untuk bahagian atas ni

yang ni bawah punya
antara sample kek yang dihiasi ngan coklat
yang paling terbaru... kami telah dicabar oleh pelanggan untuk membuat kek 3D. Sejenis hiasan kek yang berbeza ngan kek2 lain sebelum ni. Ye la... kan kek selama ni orang tau hias ngan bunga-bungaan jek... tapi kek 3D ni di hiasi ngan karektor2 yang timbul (bukan lukis kat atas kek).Kalau lukis tu lama da kami buat...
ni semua ni hanya pakai icing cream je... xde apa2 pun kat dalam karekter tu...
Tengok la hasilnya...
Ikan
Mummy The Return
Ikan Koi
kucing
rileks je ultraman ni.. mentang2 raksasa dah kiok...
Encik Katak n family...Wife saya kata x selera nak makan kek ni...Ye..ke..?
untuk kek yang ni pulak customer tu mintak design yang simple tp menarik... dan inila hasilnya... cantik menarik tertarik ko memang de bom.. he...he...