DELIMA AIN ENTERPRISE
NO.1 GERAI MPJ PEKAN NYALAS,
77100 ASAHAN,
MELAKA.
TEL:013-7030874,
013-7875727

Rabu, 31 Mac 2010

cerita pasal kek lagi la...

Salam untuk semua...
Delima Ain masih lagi bercerita pasal kek.. ye lah.. dah kedai kek kan tak kan nak cerita pasal tayar basikal plak...
Ramai yang hairan bila datang ke kedai kami kerana terdapat kek yang berharga RM10 !!!! kerana kebanyakan kedai kek sekarang tidak lagi membuat kek yang berharga murah camni.
Kali ini kami akan menerangkan kenapa dan apa cerita kek ni....
Sebenarnya kek RM10 ni seberat 350gram(tidak termasuk krim dsb) bersaiz 6inci je... kek ni dibuat kerana faktor pasaran. Kedai kami terletak di Pekan Nyalas sebuah pekan yang kecil dan majoriti penduduk bekerja kampung. Jadi posibblity orang nak beli kek yang mahal2 tu ada masalah sikit la.... sebab tu kami produce kek ni. Kedai kami juga terletak berdepan ngan sekolah rendah... jadi kemungkinan bebudak sekolah datang beli kek jenis ni tinggi sikit la...

kek ni kecik sangat..so tak dapat nak design bunga banyak2
Untuk pengetahuan, kek di kedai kami ni hanya cakap je berat 350gram... setengah kilo la... 1kg la.... padahal berat sebenar kek tu biasanya lebih dari yang kami tawarkan....contohnya anda nak kek 1kg... biasanya kami akan produce lebih kurang 1200gram...yang penting pelanggan puas hati....maknanya anda tetap akan dapat kek yang sepatutnya berharga lebih dari yang anda nak....kira2 anda lebih untung la......Sebab kami sentiasa berpegang pada prinsip "don't discount your value but extra your servis" jangan bagi diskaun tapi bagi dia orang lebih....

jarang kami buat kek ropol2 camni...

Sebenarnya banyak lagi design2 kek yang kami akan paparkan secara berperingkat... buat permulaan ni cuma 2 design je lah... penat la.. baru tutup kedai ni.. penat pun lom ilang lagi...

ADIOS...........

Isnin, 22 Mac 2010

ANEKA KEK UNTUK TEMPAHAN

Delima Ain Enterprise yang beroperasi di Pekan Nyalas sedia mengambil tempahan kek dan roti untuk sebarang majlis.Anda hanya perlu sediakan RM je... yang lain kami sediakan.Untuk tempahan Kek Perkahwinan(bertingkat), kami akan pasangkan di majlis anda (tapi untuk luar kawasan Nyalas servis charge akan dikenakan). Jadi anda tak perlu rasa takut untuk mencuba kek kami...Sample kek seperti dibawah ini:


kek untuk bahagian paling atas

jadi macam ni



dari depan dan sudut sisi atas




kek untuk anniversary pun ada