DELIMA AIN ENTERPRISE
NO.1 GERAI MPJ PEKAN NYALAS,
77100 ASAHAN,
MELAKA.
TEL:013-7030874,
013-7875727

Isnin, 19 April 2010

PENGANTIN SAYANG BINTI ABD.JAMAL DAN AZUAN

Salam satu Malaysia...Ceh...cam YB lak bagi salam camni.... Ni cerita kek lagi untuk majlis perkahwinan adik perempuan saya. Bertemakan warna coklat dan ungu saya cuba untuk design cantik sikit.... dan ada beza antara kek yang ditempah pelanggan dan kek yang dibuat untuk kegunaan sendiri... hasilnya.......

untuk bahagian atas



untuk bahagian bawah... saja ditingkatkan begini agar berbeza sikit.
tapi malangnya... kek orang lain semua di'snap' gambarnya setelah pemasangan... tapi kek adik sendiri tak ambil gambar pun..huhuhuhu..... tapi rasanya korang boleh imagine sendiri kot....




ha... yang ni kek untuk hantaran dia... kek ni dihantar dari Felda Bukit Senggeh ke Felda Jengka 24.... umang aihhh jauhnya... tahan ke icing dia.... jawapannya... icing kek boleh tahan dan takkan cair kalau sepanjang perjalanan tu korang buka aircond.... dia boleh tahan sekitar 4-5 jam.... tapi kalau ada berenti rehat kat tengah jalan... pastu aircond off.... jawapannya korang makan kekpenyek la.... hahaha.... apa-apa pun TAHNIAH DAN SELAMAT PENGANTIN BARU untuk adik kesayangan kami... SAYANG BINTI ABD.JAMAL dan pasangannya AZUAN













Isnin, 12 April 2010

lama x up date...

Salam sejahtera... lama dah tak up date blog ni... maklum la... masa xde la kebelakangan ni.. sibuk manjang.. ngan mural lagi.. ngan kek lagi... ari ni ada masa free sikit leh update..

Alhamdulillah... Syukur pada Allah sekelian alam kerana dengan kurniaNya kami telah diberi kepercayaan sekali lagi membuat kek bertingkat...Ini adalah projek kedua di rumah Pengurus Felda Bukit Senggeh(En Arshad Ahmad). Dulu kami pernah pasang juga untuk perkahwinan anak perempuan beliau. Kali ni untuk anak lelaki nya pula... Dengan tema biru laut,kek di pasang pada 10.4.10. Harganya cuma RM170 dengan kek 2kg (bhg bawah) dan 1.5kg untuk bahagian atas. tengok la sendiri hasilnya...



ni untuk bahagian atas ni

yang ni bawah punya


antara sample kek yang dihiasi ngan coklat


yang paling terbaru... kami telah dicabar oleh pelanggan untuk membuat kek 3D. Sejenis hiasan kek yang berbeza ngan kek2 lain sebelum ni. Ye la... kan kek selama ni orang tau hias ngan bunga-bungaan jek... tapi kek 3D ni di hiasi ngan karektor2 yang timbul (bukan lukis kat atas kek).Kalau lukis tu lama da kami buat...

ni semua ni hanya pakai icing cream je... xde apa2 pun kat dalam karekter tu...


Tengok la hasilnya...


Ikan


Mummy The Return


Ikan Koi


kucing


rileks je ultraman ni.. mentang2 raksasa dah kiok...

Encik Katak n family...Wife saya kata x selera nak makan kek ni...Ye..ke..?




untuk kek yang ni pulak customer tu mintak design yang simple tp menarik... dan inila hasilnya... cantik menarik tertarik ko memang de bom.. he...he...









Rabu, 31 Mac 2010

cerita pasal kek lagi la...

Salam untuk semua...
Delima Ain masih lagi bercerita pasal kek.. ye lah.. dah kedai kek kan tak kan nak cerita pasal tayar basikal plak...
Ramai yang hairan bila datang ke kedai kami kerana terdapat kek yang berharga RM10 !!!! kerana kebanyakan kedai kek sekarang tidak lagi membuat kek yang berharga murah camni.
Kali ini kami akan menerangkan kenapa dan apa cerita kek ni....
Sebenarnya kek RM10 ni seberat 350gram(tidak termasuk krim dsb) bersaiz 6inci je... kek ni dibuat kerana faktor pasaran. Kedai kami terletak di Pekan Nyalas sebuah pekan yang kecil dan majoriti penduduk bekerja kampung. Jadi posibblity orang nak beli kek yang mahal2 tu ada masalah sikit la.... sebab tu kami produce kek ni. Kedai kami juga terletak berdepan ngan sekolah rendah... jadi kemungkinan bebudak sekolah datang beli kek jenis ni tinggi sikit la...

kek ni kecik sangat..so tak dapat nak design bunga banyak2
Untuk pengetahuan, kek di kedai kami ni hanya cakap je berat 350gram... setengah kilo la... 1kg la.... padahal berat sebenar kek tu biasanya lebih dari yang kami tawarkan....contohnya anda nak kek 1kg... biasanya kami akan produce lebih kurang 1200gram...yang penting pelanggan puas hati....maknanya anda tetap akan dapat kek yang sepatutnya berharga lebih dari yang anda nak....kira2 anda lebih untung la......Sebab kami sentiasa berpegang pada prinsip "don't discount your value but extra your servis" jangan bagi diskaun tapi bagi dia orang lebih....

jarang kami buat kek ropol2 camni...

Sebenarnya banyak lagi design2 kek yang kami akan paparkan secara berperingkat... buat permulaan ni cuma 2 design je lah... penat la.. baru tutup kedai ni.. penat pun lom ilang lagi...

ADIOS...........

Isnin, 22 Mac 2010

ANEKA KEK UNTUK TEMPAHAN

Delima Ain Enterprise yang beroperasi di Pekan Nyalas sedia mengambil tempahan kek dan roti untuk sebarang majlis.Anda hanya perlu sediakan RM je... yang lain kami sediakan.Untuk tempahan Kek Perkahwinan(bertingkat), kami akan pasangkan di majlis anda (tapi untuk luar kawasan Nyalas servis charge akan dikenakan). Jadi anda tak perlu rasa takut untuk mencuba kek kami...Sample kek seperti dibawah ini:


kek untuk bahagian paling atas

jadi macam ni



dari depan dan sudut sisi atas




kek untuk anniversary pun ada